Selasa, 16 Januari 2024


 Putera Syarizal Bin Harun

Assalamualaikum, para sahabat ku, aku nak shared apa yang terbuku dalam hati aku ini. 

2023 adalah tahun bahagia dan dalam masa sama duka juga 

Putera Syarizal  ni aku pangil put / adik put.

dia ni kan telah buat aku cair bukan sebab dia hensem ke dia apa tapi manja dia tu buat aku betol2 teringat kat arwah mad. sama juga macam Ahmad Shukri manja yang sama diberikan sama seperti arwah mad.

Put ni seorang yang happy go lucky dan periang pada awalnya aku memang tertarik sebab si bingai ni selalu buat aku ketawa.. kebolehan dalam bidang bola sepak dan juga futsal tak kurang juga hebatnya.

perkenalan pertama adalah masa aku bawak JBFA tahun 2023 aku join management dalam pengurusan JBFA, disitulah aku kenal putra ni . masa dalam JBFA aku kurang sikit dengan player2 ni yelah belom kenalkan . ada dua player yang aku tengok waktu tu sorang putra dan sorang adam danial. sehingga la aku rapat dan makin rapat dengan mereka.. 

macam biasa bila dah terlalu rapat mula la aku mula susun untuk masa depan diaorang. dengan saving / investment/ property dan sebagainya. alhamdulillah aku dapat juga sediakan semuanya untuk mereka..

tapi dalam suka pasti ada duka , bila tibanya duka tu yang buat aku makin menjauhkan diri dengan dia , sebab terlalu kecewa dengan apa yang aku tahu dari mulut orag lain.

aku cuba juga cuba untuk menidakan apa yang aku dengar tapi itulah ramai yang bercakap benda yang sama, kecewa? sedih ? ye siapa yang tak sedih jika adik yang kau sayang tertiba tikam belakang kau, 
lagi aku kini rapat dengan cik nora mak putra yang selalu tanya kenapa tak datang kenapa dah lama tak nampak amin dengan putra? aku jadi kaku dan tak tahu nak jawab apa . apa yang aku boleh jawab yelah aku busy dengan kerja aku.

put abang tak tahu la apa salah abang kat kau ekh sampai kau buat aku macam ni... kau sendiri tahu aku sayang kau adam bibi manis semua macam mana.. sebab duit ke kau layan aku macam sampah?
aku sayang kau sepenuh hati aku . aku kecewa sebab kau tak nak terus terang dengan aku pa salah aku. kau lebih suka bercerita dengan orang lain dari aku yang kau pangil abang.

kalau aku ada salah dengan kau terus terang put jumpa depan2 kau tahu aku tak akan apa2kan kau bila kau tegur aku. aku lagi suka kau terus terang sebab aku tahu apa kau suka dan tak suka , bukan aku dengar dari mulut orang.

kini kita dah jauh kau pun ok je dengan semua ni.. so aku tahu la aku sebenarnya bukan sapa2 dalam hidup kau. mulut manis kau hanya dibibir bukan di hati.. tak apa la put im ok i use to be all this..
abang akan tunggu saat kau jatuh bukan doa tapi saat kau jatuh mungkin kau akan kembali pada aku semula. aku bukak pelukan ku untuk kau bercerita.. abang janji abang akan tetap dengar walaupun kau penah jadikan aku sampah dalam hidup kau dan kau penah remukan hati aku...

put abang minta maaf ye .. abang x da niat nak buat kau rimas dengan abang.. 
abang hanya ada sedikit saja sisa waktu abang untuk dapat rasa kasih sayang kau dik .. 
sekejap je x lama pun, tapi tak apa abang tahu abang tak akan dapat..

haaaa abang doakan juga semoga adik kejinjang pelamin dengan siapa ekh nama dia madya ekh mungkin la .. dik bukan abang tak bagi adik bercinta dan bukan abang tak suka kau dengan perempuan macam kau becerita dengan orang lain.. abang bukan macam tu , kalau abang tak bagi kau tak kan semua siblings kini dah hampir semua selesai zaman bujang mereka..
tapi abang tahu dalam umur kau ni x kekal lama pun hanya cinta monyet.. focus la pada kerjaya kau dik focus kembangkan nama dan insyallah kau akan terkenal dan ramai lagi orang kau boleh dapat.

abang tahu perasaan sakit bila kau dah bercinta then kau putus . macam tulah aku rasa sekarang bila dah sayang .. aku ingat an kau sayang aku ikhlas bagai bunga mawar tapi tak sangka plak aku hanya plastic sampah . putra abang faham putra rimas abang minta maaf.. 

harinya akan tiba juga dik , percaya la cakap abang, harinya akan tiba kau akan paham apa yang abang buat semua ni untuk kebaikan korang.. dan putra jangan lupa andai abang tutup mata nanti awal adik ada aset untuk adik belanjakan . gunakanlah duit tu untuk kebaikan dik.. time tu tak ada siapa boleh marah adik dan tak ada siapa akan tegur kesalahan kau lagi dik.. time tu abang dah tak da dah dik untuk tengok kan adik..

dik sometime kita rasa benda tu tak baik untuk kita padahal ianya adalah yang terbaik untuk kau.
sometime kita rasa dia tak betol padahal dia buat semua buat terbaik untuk kau 
sometime kau rasa dia talam dua muka padahal yang kau sanjung tulah talam dua muka..

adik ku putra maafkan abang ye. sampai sini saja cerita untuk pagi ni insyallah nanti abang sambung lagi.. dulu boleh terus terang denga kau depan2 sekarang abang hanya boleh online dalam diari abang je, walaupun abang tahu kau tak dapat baca pun diari ni.. 

abang menulis untuk abang je syok sendiri luahkan disini sahaja la dpat releasekan kesedihan abang.

putra abang just nak cakap abang sayang kau dik.. 
aku hanya insan yang menumpang kasih sahaja.
maafkan abang ye . assalamualaikum adik manja ku..

amyn aminuddin
17/1/2024
1.26 pagi

Isnin, 15 Januari 2024

4 beradik kini hanya tinggal 1


 assalamualaikum sahabat pembaca diari ku,

hari ni ada masa sikit aku nak cerita tentang 4 beradik aku ni.
banyak sebenarnya pahit manis 2023 tapi lebih kepada pahit la but its ok itulah lumrah kehidupan, kau tak akan dapat semua yang seperti kau inginkan.

macam korang semua tahu yang aku tak ada adik lelaki maka aku akan menumpang kasih kat orang lain supaya aku dapat merasa macam mana rasa ada adik lelaki.

macam biasa aku akan mengemis kasih sayang orang

mari aku kenalkan satu persatu kita mulakan dengan :

Putera Syarizal 


atau aku pangil dia put / adik put dahulunya .. 
dia ni seorang yang happy go lucky happy periang dan paling manja dengan aku diantara 4 beradik ni.
dia seorang yang boleh jadi pendengar , pada awalnya aku berikan sepenuhnya kepercayaan aku.

tapi malangnya aku tersilap juga biasalah manusiakan make mistake is normal.

adam danial 



atau aku pangil dia adam / adik adam dahulunya..

dia ni lain sikit dari yang lain , dia ni keras kepala dan suka buat kepala sendiri, tak manja tapi apa yang aku dapat baca dia ni jenis suka orang ambik berat kat dia , aku dah habis baik cuba untuk rapat dan manja dengan dia , mungkin aku bukanlah orang yang baik untuk dia.

tapi malangnya lagi sekali aku tersilap langkah, kasih sayang dibalas dengan pengkhianatan.
tapi aku x penah nak salahkan dia mungkin aku punya salah tak pandai ambik hati dia .

habibi bin sultan 


atau aku pangil dia bibi dahulunya 

dia ni lagi aku susah nak predict dan sangat2 la susah nak baca perwatakan dia. dia x manja,
tak suka dilayan manja dan x suka dilayan macam budak kecik. tapi dia ni bakat bola memang aku kagum sangat. 

tapi malangya kali ketiga aku tersilap langkah, macam biasa mereka suka dengar dari sebelah pihak dan nilai sendiri walaupun baru mengenali. like i said aku tak penah salahkan mereka pun, sebab aku yang pilih untuk jaga mereka dan aku sendiri yang buat keputusan tanpa ada paksaan , hanya dengan kerelaan kerana sayang tu dah menebal. aku yang tak pandai nak ambik hati diaorg , aku yang salah .
haih teruknya aku ni.

zariff irfan 


atau aku pangil dia MANIS

dia seorang yang periang suka ketawa dan suka menganjing orang, hahahaha aku type ni pun aku dah tergelak dah. haha dia pendengar masalah yang setia walaupun kadang menyakitkan hati dengan loya buruknya , tapi alhamdulillah pandai menilai mana kaca mana permata.

Manis ni aku selesa sangat dengan dia pasal kau boleh shared semua benda dengan dia tanpa rasa takut macam mat rempit selalu cakap fly tanpa melekit hhaha. dia la selalu ada dengan aku diantara 4 beradik ni dan dia la paling sikit dapat perhatian aku sebelom ni, 

aku lebih manjakan 3 orang tu dari dia dan akhirnya dia saja yang setia dengan aku. 😖
maafkan abang ye manis.. insyallah abang akan focus kat kau lepas ni.

so ni la 4 beradik yang aku cakap tadi..

pada mulanya memang 4 orang ni la yang nak sangat aku jaga . secara jujurnya selepas Siblings mereka inilah yang akan ku jaga sebab sibling semua dah kawin.

tapi kini yang hanya tinggal hanya Manis saja dengan aku yang lain dah tinggalkan aku, 
tapi bukan diaorang yang tinggalkan aku lah , aku yang kecik hati dan mendiamkan diri.

sebenarnya ianya terjadi selepas aku tahu dah semua cerita yang mereka sebenarnya mengata tentang aku , tapi mereka tak faham kenapa aku macam tu yelah tak semua orang boleh terima kan.

dan aku pulak jenis yang suka orang terus terang dengan aku daripada kau becerita dengan orang yang tak kenal siapa aku . 

tapi selepas apa yang jadi ni aku rasa better aku diamkan diri daripada terus dihina dan dicaci. aku nak je terus terang tanya diaorg kenapa tapi sebab aku dah janji tak akan bertanyakan maka aku telan semu pahit tu..

kepada adik ku adam putra dan habibi sebenarnya apa yang korang buat cukup buat abang kecik hati, abang tahu kau ada orang lagi baik untuk jaga korang , abang tak salah kan korang , itu semua keputusan korang hidup korang.

abang terkilan kenapa korang tak terus terang dengan abang dan berpura2 depan abang, maaflah abang tak mewahkan korang dengan wang ringgit macam mana orang lain buat untuk korang, 
abang tak banyak duit , abang ni apa pun tak ada semuanya haprak. abang hanya ada hati je dan kasih sayang je untuk korang.

adam put bibi maafkan abang selama ni perangai abang buat korang tak selesa dan rimas , tak apa abang faham , faham sangat2 dan abang cuba untuk pelahan2 undur diri dalam hidup korang. ini tak ada kena mengena dengan futsal korang main mbip ora apa tapi ini tentang korang hina aku kau caci aku dibelakang ku tapi didepan ku kau cukup lain..

dik abang doakan korang semua berjaya dunia akhirat dan korang success satu hari nanti. ingat dik jangan buat kat kawan2 lain mcm ni.. dengan abang tak apa la abang redha 
suatu hari nanti kau akan tahu siapa abang dan kau akan tahu kenapa aku macam ni.
sekiranya korang belom kenal lagi sahabat korang dengan lebih rapat maka jangan kau menilai orang tu macam kau dah bertahun kenal.. semuanya akan terbukak siapa aku bila aku dah tak ada nanti.

adik2 ku, abang minta maaf ye buat korang rimas selama ini.
maafkan perangai pelik ku ini ,
maafkan semua kesalahan abang dengan korang.

semoga korang bahagia disamping dia dari aku yang kau pangil abang.


sekian saja 
assalamualaikum 


amyn aminuddin 
16 januari 2024


Jumaat, 12 Januari 2024

kembali aktif semula 2024

 hai Assalamualaikum semua sahabat,

lama dah amin x karang story dan ceritakan tentang hidup yang aku lalui hampir 4 tahun dah dari last tahun 2020..


4 tahun tanpa mengarang dan 4 tahun ni la hidup aku tunggang langgang


so akau start cerita dengan pa yang aku ingat dan apa yang penting dalam hidup aku sahaja sebagai peringatan untuk aku dan pengajaran untuk aku..


1st skali aku mestilah cerita tentang adik kesayangan aku A.S an.. someone yang ada susah senang dengan aku dan seoarang yang aku dulu cakap keras kepala..

but lately dia banyak diamkan diri dari aku, dah macam orang asing kadang2 aku rasa tapi aku tahu dia tengah struggle untuk diri dia servive . dik bukan abang biarkan kau dan bukan abang lepaskan kau macam tu sahaja.. percaya la abang sentiasa tengok dan pantau adik walau dari jauh.

abang tahu adik tengah struggle dalam menghadapai semua hutang2 tapi abang  yakin kau boleh selesaikan semuanya tanpa bantuan abang. abang yakin sangat2 benda tu. dik disaat abang mengarang ni abang tahu kau dah penat nak kerja nak hadap manusia bermuka-muka dan sebagainya . tapi abang nak kau tahu itulah kehidupanya.

disaat kau lelah dan penat ternyata abang lagi penat dan lelah walaupun kau nampak abang ni enjoy sana sini dan happy dengan orang. bukan abang tinggalkan kau dik tapi abang biarkan kau dahulu untuk hadap semua situasi yang akan buat kau kuat untuk masa akan datang.

tapi sebelom tu abang nak ucapkan tahniah adik abang ni dah keluar kereta honda city hatchback per padu siak sumpah abang happy sangat sebab adik usaha sendiri untuk dapatkan tu semua dan adik berusaha dan cari jalan macam mana nak selesaikan masalah2 tu.. im so proud with you brother.

Ahmad Shukri adik abang.. alhamdulillah abang seronok tengok adik selalu happy. adik ingat tak masa adik nak beli hp baru .. hahahha hp adik dah pecah nak ganti hari2 adik mesti mengadu nan abang hp adik hang la , hp adik tak dengar la hahhaha.. abang tahu dik sebenarnya adik nak hp baru. lepastu kita pun pergi beli hp adik maaflah tak dapat beli hp yang mahal untuk adik dan hp yang lagi canggih, abang harap adik terima dengan happy la hp tu.

saat tu adik berdekah dik hahaha abang mmg saja je hold hp adik tapi manja adik tu buat abang tewas hahah.. 

A.S now awak dah ada lagi satu tau syarikat yang awak bertanggungjawab iaitu Ash & Brothers services alhamdulillah kita dapat buat lagi satu syarikat bersama . and saat abang menulis ni pun abang tahu dah adik nak berhenti uniqlo dan mungkin adik nak masuk singapore dah.. abang menanti adik bercerita nan abang tentang semua plan yang adik nak buat..

adik tak bercerita mungkin adik serik nan abang setiapkali bercerita ada je abang nak membantah dan tak setuju hahaha abang paham tu dik.. tapi apa abang buat adalah untuk masa depan kau dan tak nak kau salah membuat keputusan , tak sikit pun dalam hati abang ni nak halang dan nak bantah apa benda yang adik nak buat kalau benda tu pada abang adalah bagus untuk adik.

mungkin juga sebab perasaan terlalu sayang dan terlalu risaukan adik abang ni sampai abang rasa mungkin abang terlalu mengawal semua keputusan yang adik buat. tapi jangan risau dik abang sebagai penasihat je adik la yang akan buat keputusan semuanya.. 

abang janji nan kau dari dulu lagi abang tetap akan jaga kau sampai la abang pergi insyallah, walaupun masa mencemburui kita tapi abang doa supaya abang sempat tengok anak adik , adik bersanding dan semuanya , abang tahu adik serik sejak last adik tunjuk nan abang kekasih adik tapi abang bantah .. but at the end isnyallah adik akan faham kenapa abang buat semuanya .

adik ku Ahmad Shukri , banyak benda sebenarnya abang nak bagi kat adik and banyak benda yang abang nak luahkan perasaan kat adik tapi tulah adik busy balik pun malam , tak apa the day will come kita sit down dua orang then kita borak dan ketawa sepanjang malam ..


sampai sini dulu cerita abang nanti abang sambung lagi banyak ni nak cerita hehe kita sambung kat posting lain la ye..


assalamualaikum 


amyn aminuddin 13/1/2024 saturday 

Selasa, 11 Ogos 2020

sahabat ku

 

Sahabat

Hadirmu membawa tampak hariku lebih berarti
Senyummu berikan warna dalam hidupku
Tawamu memecahkan keheningan digelap malamku
Kata-katamu membangkitkan semangatku
S’moga kaulah kawan akrab sejatiku

Senyummu adalah kebahagiaanku
Tangisanmu adalah kesedihanku
Dan lukamu adalah lukaku

Kau bagai payung disaat ku kehujanan
Kau bagai obat disaat aku sakit
Kau bagai pohon tempatku berteduh disaat panas
Kau bagai air disaat aku kehausan
Itulah arti dirimu membuat diriku

Air Mata untuk Sahabat

 

Air Mata untuk Sahabat

Sahabatku.
Mungkin engkau takkan pernah menyaksikan tetesan air mata ini
Tetapi kawan baik aku takkan pernah menghentikan hanya untukmu
Mungkin kau takkan pernah mendengar jeritan tangisan ini
Tetapi taulah kawan baik aku kan tetap melakukannya untukmu

Sahabat.
Ingatkah kau masa pertama kali kita berjumpa
Senyuman manismu takkan pernah terhapus dari ingatanku
Ingatkah masa kita tersenyum dan menangis bersama
Semuanya selalu teringat di dalam hatiku
Dan ingatkah kawan baik saat-saat paling akhir ku melihatmu
Air mata yang mengalir adalah air mata terindah yang pernah
ku lihat

Dan sahabat.
Walaupun kini kau sudah jauh dari angan-anganku
Tetapi ku yakin kau pasti senang di sana
Karna ku tau bahagiamu tak bersamaku . .

Khamis, 23 Julai 2020

aku akan pergi untuk kebahagiaan mu.

TIADA LAGI SEPERTI DULU 

hmmm hati aku ni macam dah tiada nilai dah sekarang,
resah kesah keluh pun tiada guna lagi 
tiada lagi semua yang aku alami bersama dia seperti dulu.

semuanya berubah dari yang sedia kala..
aku dalam diam risau dan bimbang akan dia
 tapi apa kan daya manusia memang akan pergi dengan kita 
dan bukanya stay sampai akhir hayat kita.

tapi apa pun jadi dia tetap adik aku .. 

kehilangan sahabat bukanlah mudah untuk aku lalui semua itu 
tapi aku rela hilang sahabat aku dan hilang business aku bersama mereka 
demi adik aku yang aku paling sayang.

mereka bukan lah toxic tapi mereka adalah manusia yang tengah marah akan kejadian
dan mereka tidak sangka aku akan meninggalkan mereka ... 
biarpun kenangan manis kami banyak tapi aku terpaksa..

mulut mengatakan rela mereka pergi tapi dalam hati memohon berjuta maaf 
kerana aku berubah sekelip mata ..
aku rela hilang 11 orang sahabat dari hilang sorang adik aku..

apa yang aku buat adalah untuk melihat adik aku bahagia.. aku tak kisah 
pasal hati aku lagi dah. aku kini hidup tanpa perasaan dan tanpa hati..
aku serahkan hati aku pada adik aku sepenuhnya dan buat dia happy.

adik abang harap kau akan faham abang sayang kau..
sayang abang pada kau lebih dari kau sayang wanita yang cintai..
tak mengapa dik abang akan pergi dari hidup kau pelahan2
abang tak akan ganggu lagi hidup adik ..

cuma adik bagi la abang masa untuk buang perasaan sayang abang kat adik..
adik abang buat semua benda untuk adik bukan untuk jatuhkan adik..
percayalah!!!

adik, abang minta maaf atas semua kesalahan abang kat adik ...
sumpah abang tiada niat nak buat adik mcm tu... 
abang mungkin terlalu sayangkan adik sampai abang jadi lebih risaukan adik...

adik shuk abang janji abang akan pergi dalam hidup adik.. abang akan pergi 
adik jangan risau sebab abang tak akan ganggu lagi hidup adik..
adik boleh bebas tanpa ada orang halang adik nak buat apa skalipun.
so adik tak da la rimas macam skarang yang adik alami.

apa yang jadi ni abang percaya ada kebaikanya.. dan abang ready untuk pergi
demi kebahagiaan adik dan dia..

adik bila adik sakit down or apa saja please dik tolong cari abang. abang akan ada dengan adik..
abang akan ada selalu dengan adik..
maaf dik abang banyak menyusahkan adik. dan abang banyak sangat buat adik sakit hati.
insyallah abang akan cuba rapat dengan seseorang lain supaya abang dapat buang perasaan ni secepat mungkin... 

adik abang sayang adik..

hamba Allah yang hilang hati didunia.

yang ikhlas,
amyn aminuddin 
23/7/2020

Rabu, 8 Julai 2020

Kata untuk pengertian sahabat









Ketika kamu jumpa seseorang yang boleh dipercaya, genggam erat mereka. Kerena dalam hidup, sahabat sejati tak mudah ditemukan.

***

Sahabat sejati bukanlah mereka yang memiliki banyak persamaan, tapi mereka yang memiliki pengertian terhadap setiap perbedaan.

***

Menyenangkan memiliki seorang sahabat yang mampu membuatmu tersenyum, meski dia sedang tak berada di sampingmu.

***

Kenalilah sahabat yang disamping kamu. Sahabat ialah yang mengulurkan pelukan ketika kamu terjatuh.

***

Tak peduli siapa yang buatmu patah hati atau berapa lama yang diperlukan untuk sembuh, kamu tak akan boleh melewatinya tanpa sahabat!

***

Jangan pernah memandang rendah erti persahabatan, karena dalam hidup ini kamu tak akan mampu melangkah seorang diri tanpa sahabat.

***

Ungkapan kasih sayang terdengar begitu indah. Berbagilah dengan orang tua, saudara, sahabat, dan sesama manusia. Cinta itu Indah.

***

Terlalu berharap akan menyakitimu, namun itu bukan alasan untuk menyesali diri. Ingat, sahabat selalu ada untukmu.

***

Indahnya persahabatan adalah saat kita memberi tak mengharapkan balasan. Ada tawa saat dalam kesedihan.

***

Sahabat tak akan menghilang saat masalah datang, tapi menggandeng tanganmu dan menghadapinya bersama-sama.

***

Sahabat adalah seseorang yang selalu menyampaikan kebenaran walau terkadang itu menyakitkan. Tapi itu dia lakukan untuk kebaikan.

***

Sahabat adalah seseorang yang boleh memberikan pelajaran, yang tak kamu dapatkan dari sekolah mana pun.

***

Sahabat adalah mereka yang mengerti masa lalumu, percaya pada masa depanmu, dan menerima kamu apa adanya.

***

Jangan pernah merasa dirimu tak cukup baik, karena bagi seseorang, kamu adalah yang terbaik.

***

Persahabatan tidak perlu saling mengerti. Karena sahabat akan saling menerima hal yang tak boleh  dimengerti.

***

Sahabat adalah seseorang yang selalu ada di sampingmu, ketika kamu sakit untuk melihat ke belakang, atau takut melihat ke depan.

***

Bersedih dengan orang yang tepat lebih baik daripada berbahagia dengan orang yang salah. Bijaklah dalam memilih sahabat.

***

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.

***

Persahabatan sering dihadapkan dengan beberapa cobaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama.

***

Persahabatan sejati itu layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilangannya.

***

Jangan mencari kawan yang membuat Anda merasa selesa, tetapi carilah kawan yang memaksa Anda terus berkembang ~ Thomas J. Watson.

***

Seorang SAHABAT akan: ● Hargai kita ● Sayang kita ● Faham kita ● Support kita ● Tolong kita ● Nasihat kita ● Dengar semua masalah kita.

***

“Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain.”

***

Sahabat adalah salah satu orang yang akan menerima kita apa adanya.

***

Terima kasih untuk hari ini sahabat. Moga masih ada hari esok untuk kita.

***

Sahabat adalah orang pertama yang akan memperingatkan kita jika kita sudah mulai bertindak yang tidak sesuai dengan jalur.

***

Lebih baik ku menemani sahabat di kala sendiri daripada menemani kekasih yang tak mempunyai waktu untukku di kala ku sendiri dalam sepi.

***

Kepedulian tanpa pengertian tidak akan membuatmu mengenal apa pun.

***

Lebih mudah mengubah persahabatan menjadi cinta, daripada mengubah cinta menjadi persahabatan.

***

“Cara terbaik untuk menghancurkan musuh adalah dengan menjadikanya seorang teman” -Abraham Lincoln-

***

Sahabat sejati tidak akan memiliki DUA SISI yang bertolak belakang ketika DI DEPAN atau DI BELAKANGMU.

***

“Kalau duit boleh membuatku melupakan SAHABAT terbaikku maka aku lebih memilih untuk TIDAK PUNYA Duit sama sekali.”

***

Sahabat itu seperti halnya mata dan tangan. Saat mata menangis tangan mengusap | saat tangan terluka mata menangis.

***

Sahabat juga adalah orang yang akan mendukung kita selama tujuan kita adalah positif.

***

“Sahabat sejati tidak akan membuka AIB walaupun sedang dalam perselisihan.”

***

Persahabatan mampu memulakan cinta, dan cinta mampu menghancurkan persahabatan.

***

Sahabat adalah mutiara yang bersinar dan menyinari hidup kita . andai perginya sahabat maka hilang sahabat dalam hidup kita selamanya.


Yang benar, 

@myn aminuddin

9/7/2020



Jumaat, 3 Julai 2020

Bagaimana Nilai sebuah persahabatan

Untuk apa kita bersahabat sebenarnya?

Satu persoalan yang jarang kita tanyakan pada diri kita. Mungkin kurang penting pada kita.

Tetapi sebenarnya matlamat persahabatan itu perlulah jelas agar nilai sebuah persahabatan itu dapat kita raih dan nikmatnya dapat kita rasai.

Mungkin ramai mudah mengatakan, “Aku bersahabat kerana Allah”, namun, sejauh mana kita mampu melaksanakannya.

Jangan kita ingat hanya Cinta memerlukan pengorbanan, persahabatan juga memerlukannya. Fitrah manusia yang dikurniakan emosi.

Di saat persahabatan kita diuji, di sini kita boleh nilai sejauh mana ikhlasnya kita bersahabat. Orang kata kawan ketawa ramai, kawan menangis jarang dijumpai.

Mampukah kita yakin ada di kalangan sahabat kita yang akan ada untuk mendukung kita di saat kita memerlukan mereka?

Jika itu yang kita inginkan, sudah semestinya sahabat kita juga berfikiran yang sama.

Sudah saya utarakan tadi, persahabatan yang tulus adalah benar-benar kerana Allah. Tidak mengharapkan sebarang balasan, hanya untuk memberi.

Tidak ada sebarang rungutan apabila melakukan dengan ikhlas. Sejauh mana kita ikhlas dalam bersahabat hanya Allah yang mampu menilainya. Saya teringat satu kata-kata tentang ikhlas:

“Masih belum ikhlas kalau kita masih boleh mengungkit”.

Indahnya bersahabat kerana Allah, kerana semua yang dilakukan untuk sahabat hanya untuk mengharapkan balasan dariNya. Lalu, untuk apa pujian manusia atau balasan darinya sedangkan ada Allah yang Maha Kaya.

Ketika saya mencoretkan artikel ini, saya teringatkan sahabat saya yang sentiasa mengingatkan kami tentang Allah. Tuturnya tidak lari dari mengharapkan redha Allah.

Pada mulanya,saya seolah-olah malu dengannya, seakan saya dipaksa berbuat baik di depannya.

Namun, ketika saya faham bahawa dia menasihati atas rasa kasih pada sahabat dan untuk kebaikan diri saya juga tanpa mengharapkan sebarang balasan, saya mula mengerti.

Saya pernah terbaca satu petikan bahawa Allah akan mengirimkan orang yang baik jika kita berniat untuk menjadi orang yang baik.

Sebab itu kita harus bijak memilih sahabat kerana sahabat merupakan cerminan diri kita. Oleh itu, bagaimana jika sahabat kita belum seperti yang kita harapkan?

Jawapannya, jangan tunggu sahabat yang baik tetapi jadilah sahabat yang baik itu. In Shaa Allah, kita akan menjadi magnet yang membawa perubahan itu.

Dalam hati setiap hamba Allah pasti ada satu rasa untuk berubah. Itulah fitrah mungkin cara untuk menzahirkannya sahaja perlukan mujahadah.


nilai sebuah persahabatan yang sebenarnya.

Saya ulang soalan tadi apa sebenarnya erti sebuah persahabatan yang dianjurkan oleh Islam?

Sahabat adalah insan yang selalu di samping kita walau tidak ada di depan mata tapi dalam doanya sentiasa ada untuk kita.

Islam menganjurkan persahabatan yang dilandasi kasih sayang kerana Allah.

Jika itu matlamatnya pasti akan saling ingat-mengingati ke arah kebaikan dan bersama-sama mencegah kemungkaran. Indahnya hidup bersahabat bukan?

Kesimpulannya, persahabatan itu cukup indah bagi mereka yang benar-benar megerti akan nilainya. Sedarlah wahai sahabat adalah antara hadiah terbaik dari Allah untuk kita.

Jangan sesekali bersahabat kerana keperluan semata-mata kerana apa sahaja yang kita lakukan tidak akan lari dari Yang Maha Melihat.

Manusia memang tidak lari dari kesilapan tetapi itu tidak menjadi alasan untuk kita tidak berusaha berubah ke arah kebaikan. Mari audit diri.

Cuba hayati bait-bait lirik lagu nyanyian kumpulan Brothers yang berjudul Teman Sejati ini;

Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjalanan ini,

Bersyukur kini padaMu Ilahi teman yg dicari selama ini telah kutemui,

Dengannya disisi perjuangan ini senang diharungi bertambah murni kasih Illahi,

KepadaMu Allah ku panjatkan doa agar berkekalan kasih sayang kita,

Kepadamu teman ku pohon sokongan, pengorbanan dan pengertian,

Telah kuungkapkan segala-galanya.


yang benar 
amyn aminuddin
4/7/2020 

Selasa, 30 Jun 2020

surat untuk mu

A.S sahabat ku,

maafkan aku kerana sering menyusahkan kau. aku sering menjadi beban dalam hidup kau selama ini. aku  ingin pergi jauh.  A.S kerana aku merasakan dunia ini tidak adil buatku. hati ini sudah terlalu hancur untuk diubati. aku rasakan hanya kematian yang akan menjadi pengubat hati ku.

aku tidak penah lupakan kau sebagai sahabat aku. sahabat yang menjadi peneman aku dikala aku sunyi , jatuh , sedih macam-macam lagi yang aku lalui. kau la satu-satunya sahabat yang memahami aku. terima kasih sahabat yang tidak penah lelah dan lupa menjadi tiang penyandar ketika aku jatuh.

aku hadiahkan lagu ni https://www.youtube.com/watch?v=a2AxZbe7hrU untuk kau sahabatku. kalau suatu hari nanti kau rindu nyanyi la lagu fav aku yang kau suka dengar https://www.youtube.com/watch?v=S8lJoT4kI_A dan juga https://www.youtube.com/watch?v=vjOKIzSBbgg. kau tahu apa aku suka tentang lagu-lagu ini.. ini adalah hadiah terakhir yang aku boleh berikan kau sebagai kenangan selamanya sahabat. bila tiba masa kau perlukan rasa saat aku ada disisi kau. kau bukak dan nyanyi la aku akan tengok kau dari jauh sahabatku. pada saat itu maafkan aku sahabat aku mungkin boleh dengar sahaja tapi tak boleh nyanyi bersama dan tak boleh bagi kau bahu aku untuk kau peluk dan menangis sepuasnya..

sahabat aku A.S aku juga hadiakan segala harta yang aku ada untuk kau sahabat. harta sepencarian kita yang dikala kau ketika itu memang seronok dan gembira bersama aku...aku mengharapkan kau bahagia bersama teman wanita kau sahabatku. dan cepatlah berkahwin.. andai masa kau kawin kelak aku sudah tiada ingat lah aku saat kau bahagia aku turut bahagia disana menyaksikan riak wajah sahabat aku yang gembira .. maafkan aku juga kerana aku tidak dapat hadir dihari bahagia kau dan mungkin aku hanya datang sebagai roh dan mungkin juga ketika itu kau sudah melupakan segalanya tentang aku.

selamat jalan dan selamat tinggal sahabat aku.. dan mungkin saat kau baca ini aku sudah tiada disisi kau sahabatku dan percaya la apa yang aku cakap selalu dengan kau yang aku terlalu sayangkan kau dan aku sanggup mati kerana kau.. sayang aku terhadap kau lebih besar dari orang lain. aku tak dapat nak cakap macam mana .. A.S aku minta andai aku tak penah buat kau bahagia sepanjang kau bersama aku melangkah saat-saat akhir aku.

sahabat ku .. aku sayangi mu sepenuh hati aku. tiada siapa lagi yang aku perlukan dalam hidup aku melainkan kau A.S. kalau sudah ditakdirkan kita berpisah biar la mati yang memisahkan kita bukan kerana orang ketiga dan benda-benda lain. andai kata kau pergi dulu sebelom aku , aku janji aku akan mengikuti mu sahabat aku..

sahabat ku.. aku doakan kau bahagia disamping kekasih baru yang kau sayang.. sehingga aku kau buang ketepi.. aku bangga dengan kau sahabatku.. pergi la sahabat kejar keinginan mu selagi ada waktu. jangan hiraukan diriku. aku rela berpisah demi untuk diri mu semoga tercapai segala keinginan mu.





yang ikhlas : amyn aminuddin
1 july 2020

abang sayang kau adik