Jumaat, 12 Januari 2024

kembali aktif semula 2024

 hai Assalamualaikum semua sahabat,

lama dah amin x karang story dan ceritakan tentang hidup yang aku lalui hampir 4 tahun dah dari last tahun 2020..


4 tahun tanpa mengarang dan 4 tahun ni la hidup aku tunggang langgang


so akau start cerita dengan pa yang aku ingat dan apa yang penting dalam hidup aku sahaja sebagai peringatan untuk aku dan pengajaran untuk aku..


1st skali aku mestilah cerita tentang adik kesayangan aku A.S an.. someone yang ada susah senang dengan aku dan seoarang yang aku dulu cakap keras kepala..

but lately dia banyak diamkan diri dari aku, dah macam orang asing kadang2 aku rasa tapi aku tahu dia tengah struggle untuk diri dia servive . dik bukan abang biarkan kau dan bukan abang lepaskan kau macam tu sahaja.. percaya la abang sentiasa tengok dan pantau adik walau dari jauh.

abang tahu adik tengah struggle dalam menghadapai semua hutang2 tapi abang  yakin kau boleh selesaikan semuanya tanpa bantuan abang. abang yakin sangat2 benda tu. dik disaat abang mengarang ni abang tahu kau dah penat nak kerja nak hadap manusia bermuka-muka dan sebagainya . tapi abang nak kau tahu itulah kehidupanya.

disaat kau lelah dan penat ternyata abang lagi penat dan lelah walaupun kau nampak abang ni enjoy sana sini dan happy dengan orang. bukan abang tinggalkan kau dik tapi abang biarkan kau dahulu untuk hadap semua situasi yang akan buat kau kuat untuk masa akan datang.

tapi sebelom tu abang nak ucapkan tahniah adik abang ni dah keluar kereta honda city hatchback per padu siak sumpah abang happy sangat sebab adik usaha sendiri untuk dapatkan tu semua dan adik berusaha dan cari jalan macam mana nak selesaikan masalah2 tu.. im so proud with you brother.

Ahmad Shukri adik abang.. alhamdulillah abang seronok tengok adik selalu happy. adik ingat tak masa adik nak beli hp baru .. hahahha hp adik dah pecah nak ganti hari2 adik mesti mengadu nan abang hp adik hang la , hp adik tak dengar la hahhaha.. abang tahu dik sebenarnya adik nak hp baru. lepastu kita pun pergi beli hp adik maaflah tak dapat beli hp yang mahal untuk adik dan hp yang lagi canggih, abang harap adik terima dengan happy la hp tu.

saat tu adik berdekah dik hahaha abang mmg saja je hold hp adik tapi manja adik tu buat abang tewas hahah.. 

A.S now awak dah ada lagi satu tau syarikat yang awak bertanggungjawab iaitu Ash & Brothers services alhamdulillah kita dapat buat lagi satu syarikat bersama . and saat abang menulis ni pun abang tahu dah adik nak berhenti uniqlo dan mungkin adik nak masuk singapore dah.. abang menanti adik bercerita nan abang tentang semua plan yang adik nak buat..

adik tak bercerita mungkin adik serik nan abang setiapkali bercerita ada je abang nak membantah dan tak setuju hahaha abang paham tu dik.. tapi apa abang buat adalah untuk masa depan kau dan tak nak kau salah membuat keputusan , tak sikit pun dalam hati abang ni nak halang dan nak bantah apa benda yang adik nak buat kalau benda tu pada abang adalah bagus untuk adik.

mungkin juga sebab perasaan terlalu sayang dan terlalu risaukan adik abang ni sampai abang rasa mungkin abang terlalu mengawal semua keputusan yang adik buat. tapi jangan risau dik abang sebagai penasihat je adik la yang akan buat keputusan semuanya.. 

abang janji nan kau dari dulu lagi abang tetap akan jaga kau sampai la abang pergi insyallah, walaupun masa mencemburui kita tapi abang doa supaya abang sempat tengok anak adik , adik bersanding dan semuanya , abang tahu adik serik sejak last adik tunjuk nan abang kekasih adik tapi abang bantah .. but at the end isnyallah adik akan faham kenapa abang buat semuanya .

adik ku Ahmad Shukri , banyak benda sebenarnya abang nak bagi kat adik and banyak benda yang abang nak luahkan perasaan kat adik tapi tulah adik busy balik pun malam , tak apa the day will come kita sit down dua orang then kita borak dan ketawa sepanjang malam ..


sampai sini dulu cerita abang nanti abang sambung lagi banyak ni nak cerita hehe kita sambung kat posting lain la ye..


assalamualaikum 


amyn aminuddin 13/1/2024 saturday 

Tiada ulasan: