Isnin, 15 Januari 2024

4 beradik kini hanya tinggal 1


 assalamualaikum sahabat pembaca diari ku,

hari ni ada masa sikit aku nak cerita tentang 4 beradik aku ni.
banyak sebenarnya pahit manis 2023 tapi lebih kepada pahit la but its ok itulah lumrah kehidupan, kau tak akan dapat semua yang seperti kau inginkan.

macam korang semua tahu yang aku tak ada adik lelaki maka aku akan menumpang kasih kat orang lain supaya aku dapat merasa macam mana rasa ada adik lelaki.

macam biasa aku akan mengemis kasih sayang orang

mari aku kenalkan satu persatu kita mulakan dengan :

Putera Syarizal 


atau aku pangil dia put / adik put dahulunya .. 
dia ni seorang yang happy go lucky happy periang dan paling manja dengan aku diantara 4 beradik ni.
dia seorang yang boleh jadi pendengar , pada awalnya aku berikan sepenuhnya kepercayaan aku.

tapi malangnya aku tersilap juga biasalah manusiakan make mistake is normal.

adam danial 



atau aku pangil dia adam / adik adam dahulunya..

dia ni lain sikit dari yang lain , dia ni keras kepala dan suka buat kepala sendiri, tak manja tapi apa yang aku dapat baca dia ni jenis suka orang ambik berat kat dia , aku dah habis baik cuba untuk rapat dan manja dengan dia , mungkin aku bukanlah orang yang baik untuk dia.

tapi malangnya lagi sekali aku tersilap langkah, kasih sayang dibalas dengan pengkhianatan.
tapi aku x penah nak salahkan dia mungkin aku punya salah tak pandai ambik hati dia .

habibi bin sultan 


atau aku pangil dia bibi dahulunya 

dia ni lagi aku susah nak predict dan sangat2 la susah nak baca perwatakan dia. dia x manja,
tak suka dilayan manja dan x suka dilayan macam budak kecik. tapi dia ni bakat bola memang aku kagum sangat. 

tapi malangya kali ketiga aku tersilap langkah, macam biasa mereka suka dengar dari sebelah pihak dan nilai sendiri walaupun baru mengenali. like i said aku tak penah salahkan mereka pun, sebab aku yang pilih untuk jaga mereka dan aku sendiri yang buat keputusan tanpa ada paksaan , hanya dengan kerelaan kerana sayang tu dah menebal. aku yang tak pandai nak ambik hati diaorg , aku yang salah .
haih teruknya aku ni.

zariff irfan 


atau aku pangil dia MANIS

dia seorang yang periang suka ketawa dan suka menganjing orang, hahahaha aku type ni pun aku dah tergelak dah. haha dia pendengar masalah yang setia walaupun kadang menyakitkan hati dengan loya buruknya , tapi alhamdulillah pandai menilai mana kaca mana permata.

Manis ni aku selesa sangat dengan dia pasal kau boleh shared semua benda dengan dia tanpa rasa takut macam mat rempit selalu cakap fly tanpa melekit hhaha. dia la selalu ada dengan aku diantara 4 beradik ni dan dia la paling sikit dapat perhatian aku sebelom ni, 

aku lebih manjakan 3 orang tu dari dia dan akhirnya dia saja yang setia dengan aku. 😖
maafkan abang ye manis.. insyallah abang akan focus kat kau lepas ni.

so ni la 4 beradik yang aku cakap tadi..

pada mulanya memang 4 orang ni la yang nak sangat aku jaga . secara jujurnya selepas Siblings mereka inilah yang akan ku jaga sebab sibling semua dah kawin.

tapi kini yang hanya tinggal hanya Manis saja dengan aku yang lain dah tinggalkan aku, 
tapi bukan diaorang yang tinggalkan aku lah , aku yang kecik hati dan mendiamkan diri.

sebenarnya ianya terjadi selepas aku tahu dah semua cerita yang mereka sebenarnya mengata tentang aku , tapi mereka tak faham kenapa aku macam tu yelah tak semua orang boleh terima kan.

dan aku pulak jenis yang suka orang terus terang dengan aku daripada kau becerita dengan orang yang tak kenal siapa aku . 

tapi selepas apa yang jadi ni aku rasa better aku diamkan diri daripada terus dihina dan dicaci. aku nak je terus terang tanya diaorg kenapa tapi sebab aku dah janji tak akan bertanyakan maka aku telan semu pahit tu..

kepada adik ku adam putra dan habibi sebenarnya apa yang korang buat cukup buat abang kecik hati, abang tahu kau ada orang lagi baik untuk jaga korang , abang tak salah kan korang , itu semua keputusan korang hidup korang.

abang terkilan kenapa korang tak terus terang dengan abang dan berpura2 depan abang, maaflah abang tak mewahkan korang dengan wang ringgit macam mana orang lain buat untuk korang, 
abang tak banyak duit , abang ni apa pun tak ada semuanya haprak. abang hanya ada hati je dan kasih sayang je untuk korang.

adam put bibi maafkan abang selama ni perangai abang buat korang tak selesa dan rimas , tak apa abang faham , faham sangat2 dan abang cuba untuk pelahan2 undur diri dalam hidup korang. ini tak ada kena mengena dengan futsal korang main mbip ora apa tapi ini tentang korang hina aku kau caci aku dibelakang ku tapi didepan ku kau cukup lain..

dik abang doakan korang semua berjaya dunia akhirat dan korang success satu hari nanti. ingat dik jangan buat kat kawan2 lain mcm ni.. dengan abang tak apa la abang redha 
suatu hari nanti kau akan tahu siapa abang dan kau akan tahu kenapa aku macam ni.
sekiranya korang belom kenal lagi sahabat korang dengan lebih rapat maka jangan kau menilai orang tu macam kau dah bertahun kenal.. semuanya akan terbukak siapa aku bila aku dah tak ada nanti.

adik2 ku, abang minta maaf ye buat korang rimas selama ini.
maafkan perangai pelik ku ini ,
maafkan semua kesalahan abang dengan korang.

semoga korang bahagia disamping dia dari aku yang kau pangil abang.


sekian saja 
assalamualaikum 


amyn aminuddin 
16 januari 2024


Tiada ulasan: