Selasa, 16 Januari 2024


 Putera Syarizal Bin Harun

Assalamualaikum, para sahabat ku, aku nak shared apa yang terbuku dalam hati aku ini. 

2023 adalah tahun bahagia dan dalam masa sama duka juga 

Putera Syarizal  ni aku pangil put / adik put.

dia ni kan telah buat aku cair bukan sebab dia hensem ke dia apa tapi manja dia tu buat aku betol2 teringat kat arwah mad. sama juga macam Ahmad Shukri manja yang sama diberikan sama seperti arwah mad.

Put ni seorang yang happy go lucky dan periang pada awalnya aku memang tertarik sebab si bingai ni selalu buat aku ketawa.. kebolehan dalam bidang bola sepak dan juga futsal tak kurang juga hebatnya.

perkenalan pertama adalah masa aku bawak JBFA tahun 2023 aku join management dalam pengurusan JBFA, disitulah aku kenal putra ni . masa dalam JBFA aku kurang sikit dengan player2 ni yelah belom kenalkan . ada dua player yang aku tengok waktu tu sorang putra dan sorang adam danial. sehingga la aku rapat dan makin rapat dengan mereka.. 

macam biasa bila dah terlalu rapat mula la aku mula susun untuk masa depan diaorang. dengan saving / investment/ property dan sebagainya. alhamdulillah aku dapat juga sediakan semuanya untuk mereka..

tapi dalam suka pasti ada duka , bila tibanya duka tu yang buat aku makin menjauhkan diri dengan dia , sebab terlalu kecewa dengan apa yang aku tahu dari mulut orag lain.

aku cuba juga cuba untuk menidakan apa yang aku dengar tapi itulah ramai yang bercakap benda yang sama, kecewa? sedih ? ye siapa yang tak sedih jika adik yang kau sayang tertiba tikam belakang kau, 
lagi aku kini rapat dengan cik nora mak putra yang selalu tanya kenapa tak datang kenapa dah lama tak nampak amin dengan putra? aku jadi kaku dan tak tahu nak jawab apa . apa yang aku boleh jawab yelah aku busy dengan kerja aku.

put abang tak tahu la apa salah abang kat kau ekh sampai kau buat aku macam ni... kau sendiri tahu aku sayang kau adam bibi manis semua macam mana.. sebab duit ke kau layan aku macam sampah?
aku sayang kau sepenuh hati aku . aku kecewa sebab kau tak nak terus terang dengan aku pa salah aku. kau lebih suka bercerita dengan orang lain dari aku yang kau pangil abang.

kalau aku ada salah dengan kau terus terang put jumpa depan2 kau tahu aku tak akan apa2kan kau bila kau tegur aku. aku lagi suka kau terus terang sebab aku tahu apa kau suka dan tak suka , bukan aku dengar dari mulut orang.

kini kita dah jauh kau pun ok je dengan semua ni.. so aku tahu la aku sebenarnya bukan sapa2 dalam hidup kau. mulut manis kau hanya dibibir bukan di hati.. tak apa la put im ok i use to be all this..
abang akan tunggu saat kau jatuh bukan doa tapi saat kau jatuh mungkin kau akan kembali pada aku semula. aku bukak pelukan ku untuk kau bercerita.. abang janji abang akan tetap dengar walaupun kau penah jadikan aku sampah dalam hidup kau dan kau penah remukan hati aku...

put abang minta maaf ye .. abang x da niat nak buat kau rimas dengan abang.. 
abang hanya ada sedikit saja sisa waktu abang untuk dapat rasa kasih sayang kau dik .. 
sekejap je x lama pun, tapi tak apa abang tahu abang tak akan dapat..

haaaa abang doakan juga semoga adik kejinjang pelamin dengan siapa ekh nama dia madya ekh mungkin la .. dik bukan abang tak bagi adik bercinta dan bukan abang tak suka kau dengan perempuan macam kau becerita dengan orang lain.. abang bukan macam tu , kalau abang tak bagi kau tak kan semua siblings kini dah hampir semua selesai zaman bujang mereka..
tapi abang tahu dalam umur kau ni x kekal lama pun hanya cinta monyet.. focus la pada kerjaya kau dik focus kembangkan nama dan insyallah kau akan terkenal dan ramai lagi orang kau boleh dapat.

abang tahu perasaan sakit bila kau dah bercinta then kau putus . macam tulah aku rasa sekarang bila dah sayang .. aku ingat an kau sayang aku ikhlas bagai bunga mawar tapi tak sangka plak aku hanya plastic sampah . putra abang faham putra rimas abang minta maaf.. 

harinya akan tiba juga dik , percaya la cakap abang, harinya akan tiba kau akan paham apa yang abang buat semua ni untuk kebaikan korang.. dan putra jangan lupa andai abang tutup mata nanti awal adik ada aset untuk adik belanjakan . gunakanlah duit tu untuk kebaikan dik.. time tu tak ada siapa boleh marah adik dan tak ada siapa akan tegur kesalahan kau lagi dik.. time tu abang dah tak da dah dik untuk tengok kan adik..

dik sometime kita rasa benda tu tak baik untuk kita padahal ianya adalah yang terbaik untuk kau.
sometime kita rasa dia tak betol padahal dia buat semua buat terbaik untuk kau 
sometime kau rasa dia talam dua muka padahal yang kau sanjung tulah talam dua muka..

adik ku putra maafkan abang ye. sampai sini saja cerita untuk pagi ni insyallah nanti abang sambung lagi.. dulu boleh terus terang denga kau depan2 sekarang abang hanya boleh online dalam diari abang je, walaupun abang tahu kau tak dapat baca pun diari ni.. 

abang menulis untuk abang je syok sendiri luahkan disini sahaja la dpat releasekan kesedihan abang.

putra abang just nak cakap abang sayang kau dik.. 
aku hanya insan yang menumpang kasih sahaja.
maafkan abang ye . assalamualaikum adik manja ku..

amyn aminuddin
17/1/2024
1.26 pagi

Tiada ulasan: