Jumaat, 12 April 2019

siapa aku dimata kau

siapa aku dan mana hala tuju aku..

siapa aku dimata kau dan mana hala tuju aku bersama kau..
kau sesorang yang hadir memberikan banyak kenangan
aku takut kehilangan kau bila aku masih disini
biar aku pergi supaya aku tak nampak kau 
menangis kerana aku..

apa yang aku kecapi sekarang semuanya adalah untuk kau 
dan aku harap kau akan happy selalu bila aku pergi
apa yang aku hrapkan adalah kau jaga diri kau 
ingat apa yang aku pesan selalu,

kau seorang yang manja ye manja aku tahu tapi ego kau membuatkan kau langsung tak nak manja pun dengan aku.. dan aku yakin bila
tiba masanya aku pergi kau akan manja dengan aku kelak
tapi pada itu aku telah pergi selamanya..

kadang aku memikirkan siapa aku sebenarnya dihati kau.
dan apa tujuan aku dalam hidup kau..
apa yang kau banggakan sangat dengan aku
apa yang kau rasa tentang aku.

apa yang aku tahu cuma aku buat kau ketawa dan happy..
aku harap kau merasai kasih sayang aku ini..

dan yang aku paling mengharapkan hanyalah
kau peluk aku kuat dan mengatakan kau sayang aku..

"aku sayang kau bang"

kau perlu tahu masa aku tidak banyak.
sedikit masa je lagi untuk aku sediakan semuanya..
aku dah nak pergi dah..
aku harap kau happy selalu dik..

(A.S)

Tiada ulasan: