SURAT WARKAH UNTUK ADIK KU (A.S)
ASSALAMUALAIKUM.
31/1/2019 HARI KHAMIS PUKUL 1 PTG.
Alhamdulillah masih diberikan peluang untuk merasai nikmat dunia yang tidak akan kekal lama..
dan aku bersyukur walaupun masa dah tak banyak tapi aku masih sempat untuk menyediakan segalanya untuk orang yang aku sayang.
yes dialah penganti arwah Mad yang selama ni aku cari.
aku tak tahu kenapa aku tertarik dengan dia yang
tidak manja seperti arwah dan tidak sama sayang dia pada aku mcm arwah mad sayang aku..
tetapi mungkin Mad bersetuju dengan aku kerana sebab aku memilih dia adalah datangnya dari mimpi aku dengan Mad..
umur muda dan sangat kuat menganjing serta ego yang terlalu tinggi
susah untuk aku baca perwatakan dia
dan aku juga tidak dapat baca sama ada dia pun
sayang aku seperti mana aku sayang dia..
tapi aku bersyukur aku telah menyediakan semua yang dia akan perlukan pada masa akan datang.
aku harap Marzuq enterprise/shukri enterprise/siblings enteprise akan terus berkembang walaupun tanpa aku disisinya..
semua yang aku sediakan adalah untuk kesenangan dia kemudian hari ini juga adalah salah satu yang aku tak sempat buat untuk arwah mad semasa dia masih hidup.
dia lah yang akan menguruskan sendiri syarikatnya jika apa yang doktor cakap pada aku yang aku tak lama lagi ini benar2 terjadi, aku tetap akan kuatkan semangat aku untuk bersama merasai kasih sayang dia walaupun aku tahu yang aku tak akan dapat.
mungkin aku bukanlah abang yang terbaik untuk dia tetapi percayalah aku dah berusaha untuk menjadi terbaik untuk dia..
andaikata hubungan aku putus satu hari kelak, walaupun aku masih ada disisinya aku akan tetap perhatikan dan jaga dia.
walaupun aku tidak penah dapat kasih sayang dia mcm mana dia berikan pada orang yang dia sayang, aku tetap akan menjaganya.
siapa yang tak ralat bila kita tidak dapat merasai kasih syang seorang adik yang kau mulai sayang sehinggakan aku rasa dia lebih dari arwah mad.
mungkin aku selalu buat dia tidak selesa sehingga dia penah mengatakan bahawa dia rimas dengan aku .. sedih??? mestilah sedih an tapi aku redha.. aku percaya Allah ada dengan aku dan aku percaya bila aku tiada nanti disisinya dia akan sedar yang aku betol2 perlukan kasih sayang dia. dan aku betol2 sayang dia..
alhamdulillah syarikat yang aku bina untuk dia pun aku dapat project mega sehingga million semoga dia akan selesa dengan hasilnya kelak tanpa aku disisinya .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan