Selasa, 7 Jun 2011

rintihan haty seorang sahabat..

* Baca dengan teliti dan hati-hati. Segala komen anda amat saya hargai. Terima kasih.


Apabila menyentuh mengenai persahabatan, ia adalah satu definisi yang cukup kompleks. Setiap orang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza.

Tapi secara akar, sahabat ialah insan yang boleh memahami kita sewaktu susah dan senang. Dia sentiasa dekat dengan kita walaupun dia berada beribu batu dengan kita (definisi Pakar motivasi Dr. Fadzillah Kamsah).

Setiap manusia dilahirkan dengan pelbagai perangai dan tabiat. Ada antaranya kita boleh terima, dan ada juga kita anggap sebagai menjengkelkan. Sebagai sahabat, kita boleh terima kelemahan orang lain. Contohnya, jika sahabat kita tu jenis 'bad temper', kita boleh terima seadannya.

Aku tak tahulah, ada beberapa pihak sibuk memperdebatkan definisi persahabatan. Bukan apa, aku bosan bila terlampau menyebut sahabat, seolah-olah aku dituduh tak pernah menjalankan tanggunjawab aku sebagai sahabat! Adakah aku ini teruk sangat? Adakah aku jenis suka tikam dari belakang? Aku tak boleh beri jawapan itu secara kulumatif kepada kalian semua.

Aku pernah bertanya pada seseorang yang aku anggap sahabat (jejaka kereta merah), dia berkata definisi sahabat baginya ialah "give and take!". Maknannya, terlebih kurang dan boleh terima seadanya. Aku setuju, memang diakui kita tak mampu nak puaskan hati sahabat kita 100%. Kita bukannya malaikat, jadi sebolehnya kita jalankan juga tanggungjawab sebagai seorang sahabat.

Nukilan di atas memang aku tujukan kepada seorang yang aku dah anggap sahabat! Aku cuba faham dan mengerti perasaan dia. Aku tahu aku pernah buat salah semasa hujung bulan lepas (tragedi friendship katanya-semangat kekitaan/kebersamaan!), jadi apa lagi yang harus aku lakukan? Nak berlutut depan dia dan menangis mintak maaf? Bodoh pula kalau aku buat begitu! Bukannya aku mencederakannya atau menipu dia. Aku cuba mengubah jadual sedia ada kerana ada sedikit kekangan pada waktu itu.

Kepada sahabat aku itu, tolonglah fahami aku. Dulu semasa dia berduka, aku jugalah yang berada di sisinya, dan aku pernah melihat dia menangis di hadapanku. Aku amat sayangkan persahabatan ini, tapi egonya membuatkan aku malas nak bersemuka dengannya. Aku agak terasa tertekan dengan emosinya yang selalu menguasai diri.

Gara-gara tragedi itu, aku pun tak tahu ia adalah sesuatu yang amat besar baginya. Aku dah cuba untuk menjernihkan keadaan sedia ada. Aku sms dia, aku ajak dia makan bersama...tapi apa yang aku dapat? Muka masam mencuka, dan jelingan mata yang amat memeritkan dan memedihkan. Aku hanya tersenyum walaupun dalam hati aku amat berduka! Aku tak pernah ingin melawan kata-kata dengan dia, kerana aku amat menghormati dia.

Kawan-kawan pembaca blog budiman....

aku tulis perkara ini, bukan untuk membuatkan individu terasa, tapi inilah yang terima pada hari ini. Kadang-kadang aku pelik, apakah kesalahan aku ini besar sehingga aku terpaksa dihukum dengan kata-kata yang memedihkan dan muka yang masam mencuka?

aku kenal dia sudah dua tahun...banyak perkara kami lalui bersama...jika dahulu, dia selalu berkongsi cerita gembira, menelefon aku ketika aku di Istana Budaya, tapi kini...semuanya sepi......!

aku sedar dia kini sudah 'bahagia' dengan teman baru. Aku tak kisah kerana setiap manusia ada hak memilih siapa yang nak jadikan sahabat ataupun teman..tapi apa-apapun berlaku, aku tetap mengingatinya sebagai seorang teman/sahabat yang tidak dapat aku lupakan.....sampai bila-bila

aku tahu persahabatan aku dengan dia mungkin sudah terkubur, tapi aku yakin apa yang berlaku pada hari ini ada hikmahnya!
***

Semangat kekitaan-ia juga mempunyai maksud yang sangat kompleks. Aku benci istilah ini, kerana ada waktunya kita tak boleh menjalankan semangat kekitaan (kerana komitmen dan tanggungjawab). Ya tuhan, kenapa ada manusia yang tak faham mengenai maksud ini? kenapa???

1 ulasan:

Syafiq berkata...

walawwe..terbaik~~~;))