Rabu, 26 September 2012

SERONOK MAINKAN PERASAAN ORANGKAN?

SERONOK MAINKAN PERASAAN ORANGKAN?


Assalamualaikum. Betulkan kenyataan diatas. Sebenarnya mainkan perasaan orang ni tak seronok sama sekali. Faham tak. Tak seronok. Perasaan tu bukan bahan mainan. Perasaan tu bukan satu perkara yang boleh kita jadikan bahan untuk menyakitkan, mebinasakan atau merosakkan hidup orang. 

Stop doing that. Itu yang aku nak cakap pada orang yang tak sudah mempermainkan perasaan orang. Tak kiralah lelaki atau perempuan. Jangan gatal nak bagi harapan. Jangan nak cuba-cuba permainkan kalau hati tak pernah nak ikhlas.



Tak bermakna muka kau cun macam Lisa Surihani, kau boleh suka-suka pasangkan harapan pada orang yang mencintai kau sedangkan kau tak mencintai dia. Jangan jadikan kelebihan kau sebagai satu aset untuk merosakkan perasaan orang lain. Seronok melayan kerenah lelaki tu sampai lelaki tu ingat kau sukakan dia setengah mati. Bangga sangat ke dapat permainkan hati orang?.



Tak bermakna muka kau comel lagi jambu ataupun kacak macam hero korea kau boleh senang-senang mainkan perasaan perempuan. Bertukar-tukar macam kain baju. Kadang-kadang sengaja lembut lidah cakap tentang perasaan dia pada perempuan tu. Puji macam-macam seolah bagi harapan. Seronok kan bagi kau bila orang tu mengaku sukakan kau dan kau boleh kata "Saya tak suka pada awak pun."



Berhenti sakitkan hati orang. Berhenti mainkan perasaan orang. Sekali hati terluka susah nak mengubatnya. Kau bersuka ria sedangkan dia menangis tak ingat dunia sudah. Bila kau dah mainkan perasaan orang lain, kau kena tahu yang satu masa nanti kau juga akan dipermainkan. Jadi pilihlah sendiri mana kau rasa baik.

Jangan ingat kau boleh kata sebab orang tu yang datang buat baik dengan kau sampai menunjukkan perasaan suka dia pada kau, kau boleh ambil tu sebagai cara kau nak hilangkan rasa bosan. Nak buatkan itu satu bentuk hiburan tak logik dek akal. Tolonglah fikir, perasaan tu satu naluri yang halus kalau disentuh atau disakitkan akan luka selamanya. Andai tiada darah kini, parut duka masih lagi ada.

Being playboy or playgirl will make your life suffer. Percayalah. Kelebihan yang ada bukan kau boleh jadikan aset untuk kau menyakiti dan mempermainkan perasaan insan lain yang menagih cinta, atau kasih daripada kau. Gunakan kelebihan yang dikurniakan Allah SWT berikan itu sebaiknya. 

Tak bermakna kau pernah kecewa kau juga boleh mempermaikan hati dan perasaan orang. Tak bermakna hidup kau sunyi kau boleh memperlakukan perasaan manusia lain sewanang-wenangnya. Ingat tu. Hentikan, kalau kau pernah mempermainkan perasaan sebelum terlambat. END

P/S : Tak ada dialog, hanya gambar. Entry Sikit tapi bermakna. Tolong fikirkan kembali apa yang aku kata kerana kalau kau tidak cuba fikir segalanya macam tak guna sahaja. Aku serius sebab aku tak tahan melihat mereka yang mempermainkan dan dipermainkan. 

Tiada ulasan: