Selasa, 16 Januari 2024
Isnin, 15 Januari 2024
4 beradik kini hanya tinggal 1
Jumaat, 12 Januari 2024
kembali aktif semula 2024
hai Assalamualaikum semua sahabat,
lama dah amin x karang story dan ceritakan tentang hidup yang aku lalui hampir 4 tahun dah dari last tahun 2020..
4 tahun tanpa mengarang dan 4 tahun ni la hidup aku tunggang langgang
so akau start cerita dengan pa yang aku ingat dan apa yang penting dalam hidup aku sahaja sebagai peringatan untuk aku dan pengajaran untuk aku..
1st skali aku mestilah cerita tentang adik kesayangan aku A.S an.. someone yang ada susah senang dengan aku dan seoarang yang aku dulu cakap keras kepala..
but lately dia banyak diamkan diri dari aku, dah macam orang asing kadang2 aku rasa tapi aku tahu dia tengah struggle untuk diri dia servive . dik bukan abang biarkan kau dan bukan abang lepaskan kau macam tu sahaja.. percaya la abang sentiasa tengok dan pantau adik walau dari jauh.
abang tahu adik tengah struggle dalam menghadapai semua hutang2 tapi abang yakin kau boleh selesaikan semuanya tanpa bantuan abang. abang yakin sangat2 benda tu. dik disaat abang mengarang ni abang tahu kau dah penat nak kerja nak hadap manusia bermuka-muka dan sebagainya . tapi abang nak kau tahu itulah kehidupanya.
disaat kau lelah dan penat ternyata abang lagi penat dan lelah walaupun kau nampak abang ni enjoy sana sini dan happy dengan orang. bukan abang tinggalkan kau dik tapi abang biarkan kau dahulu untuk hadap semua situasi yang akan buat kau kuat untuk masa akan datang.
tapi sebelom tu abang nak ucapkan tahniah adik abang ni dah keluar kereta honda city hatchback per padu siak sumpah abang happy sangat sebab adik usaha sendiri untuk dapatkan tu semua dan adik berusaha dan cari jalan macam mana nak selesaikan masalah2 tu.. im so proud with you brother.
Ahmad Shukri adik abang.. alhamdulillah abang seronok tengok adik selalu happy. adik ingat tak masa adik nak beli hp baru .. hahahha hp adik dah pecah nak ganti hari2 adik mesti mengadu nan abang hp adik hang la , hp adik tak dengar la hahhaha.. abang tahu dik sebenarnya adik nak hp baru. lepastu kita pun pergi beli hp adik maaflah tak dapat beli hp yang mahal untuk adik dan hp yang lagi canggih, abang harap adik terima dengan happy la hp tu.
saat tu adik berdekah dik hahaha abang mmg saja je hold hp adik tapi manja adik tu buat abang tewas hahah..
A.S now awak dah ada lagi satu tau syarikat yang awak bertanggungjawab iaitu Ash & Brothers services alhamdulillah kita dapat buat lagi satu syarikat bersama . and saat abang menulis ni pun abang tahu dah adik nak berhenti uniqlo dan mungkin adik nak masuk singapore dah.. abang menanti adik bercerita nan abang tentang semua plan yang adik nak buat..
adik tak bercerita mungkin adik serik nan abang setiapkali bercerita ada je abang nak membantah dan tak setuju hahaha abang paham tu dik.. tapi apa abang buat adalah untuk masa depan kau dan tak nak kau salah membuat keputusan , tak sikit pun dalam hati abang ni nak halang dan nak bantah apa benda yang adik nak buat kalau benda tu pada abang adalah bagus untuk adik.
mungkin juga sebab perasaan terlalu sayang dan terlalu risaukan adik abang ni sampai abang rasa mungkin abang terlalu mengawal semua keputusan yang adik buat. tapi jangan risau dik abang sebagai penasihat je adik la yang akan buat keputusan semuanya..
abang janji nan kau dari dulu lagi abang tetap akan jaga kau sampai la abang pergi insyallah, walaupun masa mencemburui kita tapi abang doa supaya abang sempat tengok anak adik , adik bersanding dan semuanya , abang tahu adik serik sejak last adik tunjuk nan abang kekasih adik tapi abang bantah .. but at the end isnyallah adik akan faham kenapa abang buat semuanya .
adik ku Ahmad Shukri , banyak benda sebenarnya abang nak bagi kat adik and banyak benda yang abang nak luahkan perasaan kat adik tapi tulah adik busy balik pun malam , tak apa the day will come kita sit down dua orang then kita borak dan ketawa sepanjang malam ..
sampai sini dulu cerita abang nanti abang sambung lagi banyak ni nak cerita hehe kita sambung kat posting lain la ye..
assalamualaikum
amyn aminuddin 13/1/2024 saturday
Selasa, 11 Ogos 2020
sahabat ku
Sahabat
Air Mata untuk Sahabat
Air Mata untuk Sahabat
Khamis, 23 Julai 2020
aku akan pergi untuk kebahagiaan mu.
Rabu, 8 Julai 2020
Kata untuk pengertian sahabat
Ketika kamu jumpa seseorang yang boleh dipercaya, genggam erat mereka. Kerena dalam hidup, sahabat sejati tak mudah ditemukan.
***
Sahabat sejati bukanlah mereka yang memiliki banyak persamaan, tapi mereka yang memiliki pengertian terhadap setiap perbedaan.
***
Menyenangkan memiliki seorang sahabat yang mampu membuatmu tersenyum, meski dia sedang tak berada di sampingmu.
***
Kenalilah sahabat yang disamping kamu. Sahabat ialah yang mengulurkan pelukan ketika kamu terjatuh.
***
Tak peduli siapa yang buatmu patah hati atau berapa lama yang diperlukan untuk sembuh, kamu tak akan boleh melewatinya tanpa sahabat!
***
Jangan pernah memandang rendah erti persahabatan, karena dalam hidup ini kamu tak akan mampu melangkah seorang diri tanpa sahabat.
***
Ungkapan kasih sayang terdengar begitu indah. Berbagilah dengan orang tua, saudara, sahabat, dan sesama manusia. Cinta itu Indah.
***
Terlalu berharap akan menyakitimu, namun itu bukan alasan untuk menyesali diri. Ingat, sahabat selalu ada untukmu.
***
Indahnya persahabatan adalah saat kita memberi tak mengharapkan balasan. Ada tawa saat dalam kesedihan.
***
Sahabat tak akan menghilang saat masalah datang, tapi menggandeng tanganmu dan menghadapinya bersama-sama.
***
Sahabat adalah seseorang yang selalu menyampaikan kebenaran walau terkadang itu menyakitkan. Tapi itu dia lakukan untuk kebaikan.
***
Sahabat adalah seseorang yang boleh memberikan pelajaran, yang tak kamu dapatkan dari sekolah mana pun.
***
Sahabat adalah mereka yang mengerti masa lalumu, percaya pada masa depanmu, dan menerima kamu apa adanya.
***
Jangan pernah merasa dirimu tak cukup baik, karena bagi seseorang, kamu adalah yang terbaik.
***
Persahabatan tidak perlu saling mengerti. Karena sahabat akan saling menerima hal yang tak boleh dimengerti.
***
Sahabat adalah seseorang yang selalu ada di sampingmu, ketika kamu sakit untuk melihat ke belakang, atau takut melihat ke depan.
***
Bersedih dengan orang yang tepat lebih baik daripada berbahagia dengan orang yang salah. Bijaklah dalam memilih sahabat.
***
Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau berubah.
***
Persahabatan sering dihadapkan dengan beberapa cobaan, tetapi persahabatan sejati boleh mengatasi cobaan itu bahkan bertumbuh bersama.
***
Persahabatan sejati itu layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari setelah kita kehilangannya.
***
Jangan mencari kawan yang membuat Anda merasa selesa, tetapi carilah kawan yang memaksa Anda terus berkembang ~ Thomas J. Watson.
***
Seorang SAHABAT akan: ● Hargai kita ● Sayang kita ● Faham kita ● Support kita ● Tolong kita ● Nasihat kita ● Dengar semua masalah kita.
***
“Sahabat akan menyambut kehadiran sesamanya dan menunjukkan kesetiaan satu sama lain.”
***
Sahabat adalah salah satu orang yang akan menerima kita apa adanya.
***
Terima kasih untuk hari ini sahabat. Moga masih ada hari esok untuk kita.
***
Sahabat adalah orang pertama yang akan memperingatkan kita jika kita sudah mulai bertindak yang tidak sesuai dengan jalur.
***
Lebih baik ku menemani sahabat di kala sendiri daripada menemani kekasih yang tak mempunyai waktu untukku di kala ku sendiri dalam sepi.
***
Kepedulian tanpa pengertian tidak akan membuatmu mengenal apa pun.
***
Lebih mudah mengubah persahabatan menjadi cinta, daripada mengubah cinta menjadi persahabatan.
***
“Cara terbaik untuk menghancurkan musuh adalah dengan menjadikanya seorang teman” -Abraham Lincoln-
***
Sahabat sejati tidak akan memiliki DUA SISI yang bertolak belakang ketika DI DEPAN atau DI BELAKANGMU.
***
“Kalau duit boleh membuatku melupakan SAHABAT terbaikku maka aku lebih memilih untuk TIDAK PUNYA Duit sama sekali.”
***
Sahabat itu seperti halnya mata dan tangan. Saat mata menangis tangan mengusap | saat tangan terluka mata menangis.
***
Sahabat juga adalah orang yang akan mendukung kita selama tujuan kita adalah positif.
***
“Sahabat sejati tidak akan membuka AIB walaupun sedang dalam perselisihan.”
***
Persahabatan mampu memulakan cinta, dan cinta mampu menghancurkan persahabatan.
***
Sahabat adalah mutiara yang bersinar dan menyinari hidup kita . andai perginya sahabat maka hilang sahabat dalam hidup kita selamanya.
Yang benar,
@myn aminuddin
9/7/2020
Jumaat, 3 Julai 2020
Bagaimana Nilai sebuah persahabatan
Untuk apa kita bersahabat sebenarnya?
Satu persoalan yang jarang kita tanyakan pada diri kita. Mungkin kurang penting pada kita.
Tetapi sebenarnya matlamat persahabatan itu perlulah jelas agar nilai sebuah persahabatan itu dapat kita raih dan nikmatnya dapat kita rasai.
Mungkin ramai mudah mengatakan, “Aku bersahabat kerana Allah”, namun, sejauh mana kita mampu melaksanakannya.
Jangan kita ingat hanya Cinta memerlukan pengorbanan, persahabatan juga memerlukannya. Fitrah manusia yang dikurniakan emosi.
Di saat persahabatan kita diuji, di sini kita boleh nilai sejauh mana ikhlasnya kita bersahabat. Orang kata kawan ketawa ramai, kawan menangis jarang dijumpai.
Mampukah kita yakin ada di kalangan sahabat kita yang akan ada untuk mendukung kita di saat kita memerlukan mereka?
Jika itu yang kita inginkan, sudah semestinya sahabat kita juga berfikiran yang sama.
Sudah saya utarakan tadi, persahabatan yang tulus adalah benar-benar kerana Allah. Tidak mengharapkan sebarang balasan, hanya untuk memberi.
Tidak ada sebarang rungutan apabila melakukan dengan ikhlas. Sejauh mana kita ikhlas dalam bersahabat hanya Allah yang mampu menilainya. Saya teringat satu kata-kata tentang ikhlas:
“Masih belum ikhlas kalau kita masih boleh mengungkit”.
Indahnya bersahabat kerana Allah, kerana semua yang dilakukan untuk sahabat hanya untuk mengharapkan balasan dariNya. Lalu, untuk apa pujian manusia atau balasan darinya sedangkan ada Allah yang Maha Kaya.
Ketika saya mencoretkan artikel ini, saya teringatkan sahabat saya yang sentiasa mengingatkan kami tentang Allah. Tuturnya tidak lari dari mengharapkan redha Allah.
Pada mulanya,saya seolah-olah malu dengannya, seakan saya dipaksa berbuat baik di depannya.
Namun, ketika saya faham bahawa dia menasihati atas rasa kasih pada sahabat dan untuk kebaikan diri saya juga tanpa mengharapkan sebarang balasan, saya mula mengerti.
Saya pernah terbaca satu petikan bahawa Allah akan mengirimkan orang yang baik jika kita berniat untuk menjadi orang yang baik.
Sebab itu kita harus bijak memilih sahabat kerana sahabat merupakan cerminan diri kita. Oleh itu, bagaimana jika sahabat kita belum seperti yang kita harapkan?
Jawapannya, jangan tunggu sahabat yang baik tetapi jadilah sahabat yang baik itu. In Shaa Allah, kita akan menjadi magnet yang membawa perubahan itu.
Dalam hati setiap hamba Allah pasti ada satu rasa untuk berubah. Itulah fitrah mungkin cara untuk menzahirkannya sahaja perlukan mujahadah.
nilai sebuah persahabatan yang sebenarnya.
Saya ulang soalan tadi apa sebenarnya erti sebuah persahabatan yang dianjurkan oleh Islam?
Sahabat adalah insan yang selalu di samping kita walau tidak ada di depan mata tapi dalam doanya sentiasa ada untuk kita.
Islam menganjurkan persahabatan yang dilandasi kasih sayang kerana Allah.
Jika itu matlamatnya pasti akan saling ingat-mengingati ke arah kebaikan dan bersama-sama mencegah kemungkaran. Indahnya hidup bersahabat bukan?
Kesimpulannya, persahabatan itu cukup indah bagi mereka yang benar-benar megerti akan nilainya. Sedarlah wahai sahabat adalah antara hadiah terbaik dari Allah untuk kita.
Jangan sesekali bersahabat kerana keperluan semata-mata kerana apa sahaja yang kita lakukan tidak akan lari dari Yang Maha Melihat.
Manusia memang tidak lari dari kesilapan tetapi itu tidak menjadi alasan untuk kita tidak berusaha berubah ke arah kebaikan. Mari audit diri.
Cuba hayati bait-bait lirik lagu nyanyian kumpulan Brothers yang berjudul Teman Sejati ini;
Selama ini ku mencari-cari teman yang sejati buat menemani perjalanan ini,
Bersyukur kini padaMu Ilahi teman yg dicari selama ini telah kutemui,
Dengannya disisi perjuangan ini senang diharungi bertambah murni kasih Illahi,
KepadaMu Allah ku panjatkan doa agar berkekalan kasih sayang kita,
Kepadamu teman ku pohon sokongan, pengorbanan dan pengertian,
Telah kuungkapkan segala-galanya.